Tazkirah Al-Asfiya Fi Hayat Al-Awliya
©Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi ‘Ufiyallahu ‘Anhu Wali Walidaihi
1
TAZKIRAH AL-ASFIYA
FI
HAYAT AL-AWLIYA
Oleh:
‘ABDU DHAIF FAQIR HAQIR
MAULAWI JALALUDDIN AHMAD AR-ROWI
‘UFIYALLAHU ‘ANHU WALI WALIDAIHI
WALI MASYAIKHIHI WALI JAMI’IL MUSLIMIN
KHANQAH NAQSHBANDIYAH
1430 HIJRAH
Ads by Google
Natural Diabetes Control
Stabilize blood sugar levels and
Optimize hormonal production!
ayurgold.com AFS Cast Film Extrusion
Corona treatment systems for high
speeds and difficult materials
http://www.afs.biz/cast-film-extrusion
Tazkirah Al-Asfiya Fi Hayat Al-Awliya
©Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi ‘Ufiyallahu ‘Anhu Wali Walidaihi
2
SULTANUL AULIYA WAL ‘ARIFIN QUTUB RABBANI
HADHRAT KHWAJAH ABU YAZID AL-BISTAMI
ADHRAT Khwajah Abu Yazid Al-Bistami Rahmatullah ‘alaih adalah
seorang Syeikh yang teragung dalam bidang Tasawwuf dan Keruhanian,
khususnya dalam perjalanan Tariqat menuju Hadhrat Allah Subhanahu

Wa Ta’ala. Beliau telah menerima Nisbat ‘Ilmu Batin dari Hadhrat Imam Ja’afar As-Sadiq Radhiyallahu ‘Anhu yang merupakan salah seorang Imam yang teragung dari kalangan Ahli Bait Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Nama beliau ialah Taifur Bin ‘Isa Bin Adam Bin Sarushan. Abu Yazid adalah nama Kuniyatnya. Beliau amat dikenali menerusi nama Kuniyatnya dan sering dipanggil dengan nama Bayazid. Datuk beliau pada asalnya adalah seorang Majusi yang menyembah api, kemudian telah bernasib baik diberikan Hidayah dan Nikmat oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala untuk memeluk Agama Islam. Bapa beliau adalah seorang yang amat dikenali dan dihormati di Bistam.

Beliau hidup sezaman dengan Hadhrat Ahmad Khadhrawiyah Rahmatullah ‘alaih, Hadhrat Abu Hafs Rahmatullah ‘alaih dan Hadhrat Yahya Bin Mu’az Rahmatullah ‘alaih dan beliau juga pernah bertemu dengan Hadhrat Syafiq Balkhi Rahmatullah ‘alaih.

Beliau merupakan Ketua bagi Para Wali dan seorang Sultan bagi Para ‘Arifin. Beliau juga merupakan salah seorang periwayat dan pemegang Sanad Hadits yang tinggi serta merupakan pengarang bagi banyak kitab-kitab yang berkaitan dengan ‘Ilmu Hadits Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Hadhrat Sultanul ‘Arifin Abu Yazid Taifur Bin ‘Isa Al-Bistami Rahmatullah ‘alaih merupakan salah seorang dari sepuluh Imam yang begitu disanjung tinggi oleh para pencinta ‘Ilmu Tasawwuf. Tiada seorang pun sebelum beliau yang begitu memberikan penekanan yang tinggi dalam bidang ‘Ilmu Tasawwuf ini. Pada diri beliau terdapat begitu banyak Keramat dan Maqamat yang terhasil menerusi amalan dan latihan Riyadhah dan Mujahadah. Dalam setiap masa dan keadaan beliau begitu mencitai ‘Ilmu Tauhid dan begitu memberikan penumpuan terhadap bidang ‘Ilmu tersebut.

Beliau begitu mendahului dalam hal-hal Keruhanian dan Muraqabah sehinggakan Hadhrat Sayyid At-Taifah Junaid Al-Baghdadi Rahmatullah ‘alaih telah berkata,
“Hadhrat Abu Yazid di kalangan kami menduduki suatu maqam yang tinggi
sepertimana kedudukan Hadhrat Jibril ‘Alaihissalam di kalangan Para Malaikat.”
H
Tazkirah Al-Asfiya Fi Hayat Al-Awliya
©Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi ‘Ufiyallahu ‘Anhu Wali Walidaihi
3
Hadhrat Sayyid At-Taifah Junaid Al-Baghdadi Rahmatullah ‘alaih juga telah
berkata,

“Dalam medan Tauhid ini, penghujung bagi mereka yang menjalaninya adalah permulaan bagi orang Khurasan ini,” sambil merujuk kepada Hadhrat Sultanul ‘Arifin Abu Yazid Taifur Bin ‘Isa Al-Bistami Rahmatullah ‘alaih.

Semenjak awal perjalanannya dalam bidang Tasawwuf, beliau begitu rajin beribadah dan melakukan latihan-latihan Mujahadah dan Riyadhah Keruhanian. Diriwayatkan bahawa beliau telah berkata,

“Selama tiga puluh tahun aku begitu giat menjalankan kegiatan Mujahadah dan aku telah dapati bahawa tiada yang lebih sukar dari mempelajari tentang Kesucian Agama dan menuruti segala pengajarannya, namun jika tidak disebabkan terdapatnya perbezaan pendapat dalam Agama yang suci ini aku telah hampir gagal dalam usahaku. Perbezaan pendapat dalam Kesucian Agama ini adalah Rahmat kecuali jika tidak terkeluar dari pengertian Tauhid.”
PENCARIAN KEBENARANNYA DAN KEBENARAN
PENCARIANNYA
LLAH Subhanahu Wa Ta’ala telah meletakkan rasa cinta terhadap DiriNya
dan pencarian Ma’rifat ZatNya di dalam hati Hadhrat Abu Yazid Al-Bistami

Rahmatullah ‘alaih semenjak beliau kecil lagi. Pada suatu hari ketika beliau berada di samping gurunya sedang mempelajari Al-Quran, ketika sampai pada Surah Luqman yang AyatNya berbunyi,
“Inishkur Li Wali Walidaika,”ber mak sud, “Bersyukurlah kerana Aku dan
kerana kedua ibubapamu.”
Ayat ini telah memberikan kesan pada hatinya, lalu beliau meminta izin dari
gurunya untuk pulang ke rumah dan bertemu ibunya seraya berkata,

“Saya telah sampai pada satu pengertian Ayat yang mana Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman, “Bersyukurlah kerana Aku dan kerana kedua ibubapamu.” Saya tidak dapat menunaikan hak berkhidmat untuk dua rumah. Oleh kerana Firman Ilahi ini saya begitu sedih, sama ada Ibu memohon dari Allah supaya saya tetap terus bersama Ibu ataupun menyerahkan diri saya untuk Allah Subhanahu Wa Ta’ala sahaja.”
Ibunya berkata,
“Pergilah. Aku telah lepaskan engkau untuk Jalan Tuhan dan aku memaafkan
kamu bagi segala hak-hakku.”

Setelah mendapat keizinan dari ibunya, Hadhrat Abu Yazid Al-Bistami Rahmatullah ‘alaih telah keluar dari negeri Bistam dan pergi menyibukkan dirinya dengan beribadat di sebuah hutan dalam negeri Syam selama tiga puluh tahun. Di sana juga beliau giat menjalankan latihan Mujahadah dan Riyadhah Keruhanian. Beliau selalu berada dalam keadaan lapar dan ketika beliau bersolat, disebabkan
A
Tazkirah Al-Asfiya Fi Hayat Al-Awliya
©Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi ‘Ufiyallahu ‘Anhu Wali Walidaihi
4
dirinya yang begitu Khauf terhadap Tuhan serta mengagungkan Syari’at, dada
beliau telah mengeluarkan bunyi yang seolah menggelegak.
Hadhrat Sultanul ‘Arifin Abu Yazid Taifur Bin ‘Isa Al-Bistami Rahmatullah
‘alaih pernah berkata,

“Pada suatu ketika, orang ramai memberitahu bahawa pada tempat yang sekian terdapat seorang Darwish yang Kamil. Daku telah pergi untuk melihatnya. Apabila aku sampai padanya aku melihat bahawa beliau meludah pada arah Qiblat.

Pada waktu itu juga aku terus kembali dan aku berkata dalam hatiku, jikalau dalam Tariqat Darwish ini terdapat sebarang martabat tentulah dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan Syari’at. Jauh rumahku dari Masjid adalah dalam jarak empat puluh langkah. Demi penghormatanku terhadap Masjid, aku tidak pernah sekalipun meludah dalam perjalananku.”

Beliau telah pergi bersafar ke Mekkah untuk menunaikan ‘Ibadat Haji. Dalam perjalanannya, setelah beliau melangkah beberapa langkah lalu beliau pun bersolat Nafil dua raka’at. Beliau melakukan perkara ini dalam perjalanannya ke Mekkah yang mengambil masa selama dua belas tahun. Setelah tiba di Mekkah beliau berkata,
“Rumah Tuhan bukanlah pintu gerbang Para Raja.”

Pada suatu ketika beliau telah pergi menghadiri musim Haji di Mekkah. Setelah selesai mengerjakan Haji beliau terus saja pulang menuju ke rumahnya tanpa melakukan Ziarah di Madinah Munawwarah. Kemudian, pada tahun yang berikutnya beliau telah pergi melakukan Ziarah Raudhah Hadhrat Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam di Madinah Munawwarah. Beliau berkata,
“Menjadikan safar Madinah Munawwarah menuruti safar Mekkah
Mukarramah adalah bertentangan dengan adab.”
Hadhrat Sultanul ‘Arifin Abu Yazid Taifur Bin ‘Isa Al-Bistami Rahmatullah
‘alaih pernah berkata,

“Aku telah pergi ke Mekkah dan aku melihat sebuah Rumah yang berdiri berasingan. Aku berkata pada diriku, “Hajiku ini tidak diterima kerana aku telah melihat banyak batu yang seumpama ini.” Aku telah pergi sekali lagi dan aku melihat sebuah Rumah yang juga Rumah Tuhan. Aku berkata, “Ini bukanlah hakikat Tauhid yang sebenarnya.” Aku telah pergi kali ketiga dan aku melihat hanya Tuhan Rumah tersebut. Suatu suara datang membisik di hatiku, “Wahai Bayazid, jika engkau tidak melihat DiriNya, engkau tidak akan menjadi seorang Mushrik meskipun engkau dapat melihat seluruh Alam Maya, dan semenjak engkau melihat DiriNya, engkau adalah Mushrik meskipun buta penglihatanmu terhadap seluruh Alam Maya.” Kerana disebabkan perkara itu aku pun bertaubat dengan sebanyak- banyaknya.”
Tatkala Hadhrat Abu Yazid pergi ke Madinah, ramai orang yang sama
hendak pergi bersama beliau. Beliau berdoa kepada Allah supaya beliau
Tazkirah Al-Asfiya Fi Hayat Al-Awliya
©Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi ‘Ufiyallahu ‘Anhu Wali Walidaihi
5
ditinggalkan berseorangan dan orang lain itu jangan pergi bersama beliau. Doanya
telah dimakbulkan Allah.
Hadhrat Sultanul ‘Arifin Abu Yazid Taifur Bin ‘Isa Al-Bistami Rahmatullah
‘alaih pernah berkata,

“Apa yang aku inginkan ialah pada Hari Qiyamat nanti, aku dapat berada dalam khemahku di tepi tebing Neraka supaya apabila aku melihatnya api Neraka akan menjadi sejuk dan aku menjadi sebab untuk kerehatan makhluk Tuhan.”
Hadhrat Sultanul ‘Arifin Abu Yazid Taifur Bin ‘Isa Al-Bistami Rahmatullah
‘alaih juga pernah berkata,
“Aku telah melihat Allah dalam mimpiku. Aku pun bertanya, “Wahai Allah,
apakah jalan untuk datang kepadaMu?” Dia berfirman, “Tinggalkan Nafsmu dan
datang kepadaKu.”

Hadhrat Sultanul ‘Arifin Abu Yazid Taifur Bin ‘Isa Al-Bistami Rahmatullah ‘alaih menerima Nisbat Batin dan berguru dari Ruh Hadhrat Imam Ja’afar As-Sadiq Radhiyallahu ‘Anhu yang wafat pada tahun 148 Hijrah manakala Hadhrat Abu Yazid Al-Bistami telah dilahirkan pada tahun 188 Hijrah dan wafat pada tahun 261 Hijrah pada usianya 73 tahun.

Beliau memperolehi Nisbat tersebut secara Zahir menerusi Hadhrat Ma’aruf Al-Karkhi Rahmatullah ‘alaih yang memperolehinya menerusi Hadhrat Imam ‘Ali Ridha Radhiyallahu ‘Anhu yang memperolehinya menerusi Hadhrat Imam Musa Al-Kazim Radhiyallahu ‘Anhu yang memperolehinya dari Hadhrat Imam Ja’afar As- Sadiq Radhiyallahu ‘Anhu.

Pada suatu ketika sedang beliau bermuraqabah di Kubur Hadhrat Imam Ja’afar As-Sadiq Radhiyallahu ‘Anhu, Ruh Hadhrat Imam Ja’afar As-Sadiq menyuruh beliau membawa sebuah buku yang terletak di almari dalam biliknya. Hadhrat Abu Yazid Al-Bistami Rahmatullah ‘alaih betanya di manakah letaknya almari itu?
Gurunya berkata,
“Kamu telah bertahun-tahun lamanya bersama aku tetapi kamu tidak tahu
tempat almari itu.”
Hadhrat Abu Yazid Taifur Al-Bistami Rahmatullah ‘alaih menjawab,
“Selama ini aku tidak pernah memandang ke atas atau ke bawah dalam bilik
itu.”
Gurunya berkata,
“Kamu telah cukup maju dan kembalilah ke Bistam, di sana kamu akan
menjadi maju dan masyhur lagi dalam bidang Keruhanian ini.”
Tazkirah Al-Asfiya Fi Hayat Al-Awliya
©Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi ‘Ufiyallahu ‘Anhu Wali Walidaihi
6
KESEMPURNAAN SIFATNYA DAN SIFAT
KESEMPURNAANNYA
ELAH menjadi kebiasaan kepada Hadhrat Abu Yazid Al-Bistami Rahmatullah
‘alaih iaitu apabila dia hendak masuk ke Masjid, dia akan berhenti di pintu
Masjid itu beberapa ketika dan menangis.

Apabila orang bertanya kenapa beliau berlaku demikian? Hadhrat Abu Yazid Al- Bistami Rahmatullah ‘alaih menjawab bahawa ketika itu dia menganggap dirinya lebih kotor daripada perempuan yang sedang haidh dan khuatir Masjid itu akan kotor apabila beliau masuk ke dalam.
Pada suatu hari sedang beliau berjalan di lorong yang penuh dengan orang
ramai, beliau dalam keadaan Fananya telah berteriak,
“Aku Allah, kenapa kamu semua tidak menyembah aku?”

Orang menganggap beliau sebagai gila. Pengikut-pengikutnya terus meninggalkan beliau. Selepas itu beliau ternampak sebuah tengkorak yang padanya tertulis perkataan ini,
“Aku tidak mempunyai telinga untuk mendengar perkataanNya, tidak ada
mata untuk melihat cahaya keindahanNya dan tidak ada lidah untuk memujiNya.”

Hadhrat Abu Yazid Al-Bistami Rahmatullah ‘alaih bertempik lalu jatuh pengsan. Apabila sedar, beliau terus mencium tengkorak itu dan berkata bahawa tengkorak itu ialah tengkorak orang Sufi yang telah Fana seluruhnya dalam mengingati Allah.
Hadhrat ‘Isa Al-Bistami Rahmatullah ‘alaih pernah berkata,

“Aku telah tinggal bersama Hadhrat Abu Yazid selama tiga puluh tahun dan tidak pernah mendengar dia bercakap. Dia duduk dengan kepalanya antara dua lututnya. Kadangkala dia mengangkat kepalanya, mengeluh dan kembali berbuat seperti semula lagi.”
Hadhrat Abu Yazid Al-Bistami Rahmatullah ‘alaih telah berkata,

“Selama tiga puluh tahun aku mencari Tuhan, tatapi apabila aku fikir dan pandang dengan teliti, aku dapati pada hakikatnya Allah yang mencari dan aku yang dicari.”
Hadhrat Abu Yazid Al-Bistami Rahmatullah ‘alaih juga telah berkata,
“Selama tiga puluh tahun lamanya aku mengamalkan membasuh mulut tiga
kali sebelum aku duduk menyebut nama Allah.”
Orang telah bertanya kepada Hadhrat Abu Yazid Al-Bistami Rahmatullah
‘alaih,
“Apakah pendapat kamu yang menjadi penghalang besar dalam menuju
Allah?
T
Tazkirah Al-Asfiya Fi Hayat Al-Awliya
©Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi ‘Ufiyallahu ‘Anhu Wali Walidaihi
7
Hadhrat Abu Yazid Al-Bistami Rahmatullah ‘alaih menjawab,
“Tanpa kehendakNya, sangat susah untuk menhghadapkan hati kepadaNya
dan jika dengan kehendakNya, senang sahaja berjalan menuju Dia itu.”

Pernah suatu ketika Hadhrat Abu Yazid Al-Bistami Rahmatullah ‘alaih hendak pergi ke Mekkah. Dalam perjalanan beliau telah berjumpa dengan seorang lelaki dari Zanj.
Orang itu berkata kepadanya,
“Tuan telah tinggalkan Allah di Bistam dan sekarang hendak pergi ke
Mekkah.”

Mendengarkan perkataan orang itu, Hadhrat Abu Yazid Al-Bistami Rahmatullah ‘alaih pun kembali ke Bistam di tempat tinggalnya. Dalam ketika yang lain pula, sedang beliau dalam perjalanannya menuju ke Mekkah, beliau telah bertemu dengan seorang yang miskin.
Orang itu bertanya kepada Hadhrat Abu Yazid Al-Bistami Rahmatullah
‘alaih,
“Berapakah wang yang ada padamu?”
Hadhrat Abu Yazid Al-Bistami Rahmatullah ‘alaih menjawab,
“Dua ratus dinar.”

Orang itu meminta wang itu kerana katanya anaknya sedang kelaparan dan menyuruh Hadhrat Abu Yazid Al-Bistami Rahmatullah ‘alaih berjalan mengelilinginya sebanyak tujuh kali dan jika berbuat demikian, Hadhrat Abu Yazid Al-Bistami Rahmatullah ‘alaih akan mendapat banyak manafaat. Hadhrat Abu Yazid Al-Bistami Rahmatullah ‘alaih mematuhi kehendak orang itu. Selepas beliau melakukan perkara itu, beliau semakin bertambah maju dan bersinar dalam pengalaman Keruhaniannya. Perkataan yang diucapkan oleh beliau menjadi semakin tinggi maksudnya sehingga sukar untuk difahami oleh orang lain. Ramai yang menuduh dia sesat dan telah dihalau dari Bistam.
Pada ketika itu beliau berkata,
“Itulah tempat yang paling baik dan penduduknya yang paling jahat ialah
Abu Yazid.”

Dalam penyembahannya terhadap Allah, Hadhrat Abu Yazid Al-Bistami Rahmatullah ‘alaih menutup semua lubang dan liang pada dinding biliknya agar suara di luar tidak kedengaran, maka dengan itu tidak ada yang mengganggu fikirannya untuk menerima ilham-ilham dari Allah Ta’ala.
Telah diriwayatkan bahawa pada suatu ketika Hadhrat Abu Yazid Al-Bistami
Rahmatullah ‘alaih sedang memagang sebiji buah epal, lalu beliau berkata,
“Alangkah baiknya!”
Tazkirah Al-Asfiya Fi Hayat Al-Awliya
©Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi ‘Ufiyallahu ‘Anhu Wali Walidaihi
8
Lalu beliau terdengar suara Ketuhanan berkata,
“Tidakkah engkau malu memuji buah epal itu padahal segala pujian itu
adalah untuk Aku sahaja?”

Beliau terus merasa bersalah dan sebagai hukuman bagi dirinya, beliau tidak mengalami keseronokan dalam ibadah Solatnya selama empat puluh hari. Setelah itu, beliau membuat keputusan tidak mahu makan buah-buahan di Bistam.

Adalah diriwayatkan juga bahawa Hadhrat Abu Yazid Al-Bistami Rahmatullah ‘alaih telah menjalankan Riadhah latihan Keruhanian Kesufian di sebuah Masjid yang sama selama empat puluh tahun penuh.
Seorang pernah bertanya kepada Hadhrat Abu Yazid Al-Bistami Rahmatullah
‘alaih,
“Apakah pada pendapat kamu yang menjadi penghalang besar dalam menuju
Allah?”Hadhrat Abu Yazid Al-Bistami Rahmatullah ‘alaih menjawab,
“Tanpa kehendakNya adalah sangat susah untuk menghadapkan hati
kepadaNya, dan jika dengan kehendakNya senang sahaja berjalan menuju Dia itu.”
KERAMAT KEMULIAANNYA DAN KEMULIAAN KERAMATNYA
ADHRAT Abu Turab Al-Bakhsyi Rahmatullah ‘alaih selalu menasihatkan
murid-muridnya supaya menziarahi Hadhrat Syeikh Abu Yazid

Rahmatullah ‘alaih kerana beliau itu jauh lebih tinggi darjatnya dan dengan selintas pandangannya pun telah cukup memberi manafaat kepada orang yang menziarahnya.
Seorang dari murid Hadhrat Abu Turab Al-Bakhsyi Rahmatullah ‘alaih
enggan melawat Hadhrat Syeikh Abu Yazid Rahmatullah ‘alaih kerana katanya,
“Saya melihat Tuhan Abu Yazid itu tiap-tiap hari. Apa manafaat yang dapat
dia beri kepada saya?”
Hadhrat Abu Turab Al-Bakhsyi Rahmatullah ‘alaih pun berkata,

“Hingga kini kamu hanya melihat Tuhan menurut pandanganmu sahaja, denganmenerusi Abu Yazid kamu akan melihat Tuhan sebagaimana Dia sepatutnya dilihat. Pandangan itu ada berperingkat-peringkat. Adakah kamu tahu bahawa di Akhirat kelak Allah Ta’ala akan menunjukkan lebih sinarnya kepad Nabi dan kurang sedikit kepada yang lain?”

Maka barulah murid itu mahu bersama gurunya pergi menziarahi Hadhrat Syeikh Abu Yazid Rahmatullah ‘alaih. Apabila sampai ke rumah Hadhrat Syeikh Abu Yazid Rahmatullah ‘alaih, mereka dapati beliau telah pergi mengambil air. Mereka pun pergi ke tempat Hadhrat Syeikh Abu Yazid Rahmatullah ‘alaih
H
Tazkirah Al-Asfiya: Abu Yazid Bistami

The life sketch of the well known Sufi Master of the Masters in the West and East, Hadhrat Khwajah Khwajahgan Qutubul Aqtab, Sultanul ‘Arifin, Ghau… (More) The life sketch of the well known Sufi Master of the Masters in the West and East, Hadhrat Khwajah Khwajahgan Qutubul Aqtab, Sultanul ‘Arifin, Ghauts Samadani, Syeikh Abu Yazid Al-Bistami Rahmatullah ‘Alaih. Written in Bahasa Melayu by the humble and poor slave of Allah, Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi ‘Ufiyallahu ‘Anhu Wali Walidaihi. (Less)